Wednesday 21 September 2011

PERINGATAN KEPADA PELAJAR TINGKATAN 3!! AWAS!!

Salam kepada semua...

Ha masa semakin berdetik.. Borang Permohonan ke Sekolah berasrama Penuh sudahpun diedarkan kepada semua.. Jangan lupa tarikh akhir untuk menghantar borang asas permohonan kepada Pn Nurashikin sebelum 30 hb September 2011..

Kenapa Perlu hantar awal??

1. Calon PMR ada 156 orang.. Kaunselor perlu key in kan maklumat anda.. x cukup masa kalau sehari adik-adikku..
2. Sekiranya ada maklumat yang tidak lengkap masih sempat untuk dilengkapkan.
3.Tempoh masa yang diberikan dah cukup lama.. sebulan dah adik-adikku..

Jadi hantar ye borang permohonan dengan segera.

di sini saya link kan anda dengan maklumat berkaitan permohonan dan link untuk mengisi borang sendiri secara online..

kredit kepada E Putra.. terima kasih daun keladi...

Tuesday 20 September 2011

WAJIB BACA!!!!! Tips Menghadapi Peperiksaan..

ha memang post kali ni agak panjang berjela.... tapi inilah yang perlu dilakukan oleh CALON-CALON PEPERIKSAAN..

Tips ini diperolehi daripada Berita Harian.. Jom Intai-intai

1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

BERASAP!!!! PANAS SOALAN DARI KELANTAN.. PERCUBAAN PMR 2011

Ha ada lagi.. ya.. cikgu berusaha mencari dan membantu kamu semua.. diharapkan kamu semua turut membantu diri kamu untuk mencapai kejayaan.. ingat.. ini adalah detik berharga yang tidak patut kamu sia-siakan.

Koleksi Soalan daripada Kelantan.






Terima kasih mamat..

Nah adik-adik.. HANGAT & PANAS!! masih belum terlambat lagi!! SEGAR dari KEDAH


Koleksi Soalan Kedah..

Adik-adik.. pengalaman mematangkan kita... masih belum terlambat untuk menggunakan semua masa yang ada dengan menjawab soalan-soalan percubaan dar negeri lain.. manalah tau kan ada soalan yang berulang keluar dalam peperiksaan sebenar..





kredit pada mamat.. thanks ya

    HANGAT!!! Soalan Percubaan PMR daripada Terengganu

    Sepertimana yang kita tahu Terengganu selalu saja melahirkan pelajar cemerlang dan tidak dapat dinafikan kualiti soalan mereka juga antara yang terbaik.. untuk itu cikgu kongsikan dengan anda soalan percubaan daripada Terengganu.. Oh ya... cuma tahun ini tak dapat mencari soalan ERT.. sesiapa dari terengganu.. Terengganu tiada pilihan ERT ke tahun ini????




    Kredit utk Iqbal Hakimi...

    Sunday 18 September 2011

    PANAS!!!!! INI YANG DICARI-CARI!!! Soalan Percubaan SPM 2011 Sekolah Berasrama Penuh

    Kertas Percubaan SPM Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2011

     





     
     
     
     
     
     


     Thanks kepada NORAFNIL... 

    MELETOP!!! Soalan Percubaan SPM 2011 KEDAH..

    Kertas Percubaan SPM Kedah 2011




     



     
     
     
     



    Kredit kepada NORAFNIL.. thankss atas perkongsian.. 

    LAGI PANAS!! LAGI PANAS!!! Soalan Percubaan SPM Terengganu 2011

    Kertas Percubaan SPM Terengganu 2011






     
     
    Tasawwur Islam – Kertas 1 Kertas 2
     
    Prinsip Perakaunan -  Kertas 1 Kertas 2

    Kredit kepada NORFANIL.. terima kasih ya...

    SAMER di SKOR A SPM 2011 di SEGI COLLEGE

    Sarapan d pagi hari..

    Semoga perkongsian ini memberikan input yang berguna kepada peserta




    Akhirnya perjalanan balik kami makan di kedai HUSNA.. terima kasih Husna..
    Pada 26 Julai 2011, 4 orang gadis manis calon SPM 2011 ini telah di bawa terus menuju ke Kolej SEGI untuk SKOR A SPM 2011.. dari awal pagi sehingga jam 5 petang dan akhirnya kami pulang pada jam 5 singgah di kedai makan kepunyaan keluarga  HUSNA di Selayang sebelah SHELL (dekat Trafic Light) apa namaya x ingat pula.. sedap hidangan Thai nya...

    SAMER di Karnival Kesenian Jauhi Dadah Negeri Selangor

    Alhamdulillah selepas melepasi halangan pertama di peringkat daerah kami terus maju lagi membawa pasukan Bunting/Banner ke pertandingan peringkat Negeri yang diadakan di SK Taman Desa pada 23 Jun 2011. Alhamdulillah kami mendapat tajaan daripada YB Dato Subahan Kamal dan YDP PIBG SAM Rawang untuk kos membawa pasukan ini ke peringkat Negeri. Berkat doa rakan-rakan dan para pelajar Alhamdulillah kami berjaya menggondol JOHAN Pertandingan Melukis Bunting Negeri Selango untuk Karnival Kesenian Jauhi Dadah.. (ehemmm bangga sikit.. kami sekolah yang tiada asa dalam PSV.. Rezeki katanya..)

    Jadi mari kita intai-intai sedikit gambar sepanjang karnival, Gombak`s Art & Design Crew bersama JURULETIHnya..

    Bertungkus lumus.. ade tragedi pagi tu sebenarnya.. nanti kami ceritakan

    Antara penyertaan daripada daerah lain

    Intai lagi penyertaan daripada Daerah -daerah di Selangor

    ehemmm JURULETIH senyum jek dapat piala

    Alhamdulillah JOHAN

    bukan JURULATIH tapi JURULETIH.. hehe

    Congrate Boys.. such an amazing job!!



    PANAS !! PANAS !! Koleksi Soalan SAINS Percubaan PMR

    1. Soalan Sains MRSM
     2. Soalan Sains SBP ( ada erata sikit ye)
    3. Soalan Terengganu
    4. Soalan Pahang
    5. Soalan Melaka
    6. Soalan  Kelantan
    7. Soalan Pulau Pinang
    8. Soalan Johor


    tungguu!!! banyak lagi untuk dikongsikan




    Thanks to CIKGU DAHLIA atas perkongsian ini..

    SAMER di Karnival Kesenian Jauhi Dadah Daerah Gombak

    Johan Pertandingan Melukis Banner Daerah Gombak 2011

    Intai-intai yang mana satu SAMER

    Alhamdulillah dah dalam top 3 dah ketika ini.. dalam debaran.

    Pasukan Nasyid.. Kita cari pengalaman ye

    Alhamdulillah kejayaan berpihak kepada kita


    haa ada tau piala untuk JURULETIH.. hehe

    Program ini kami sertai pada 13 April 2011 bertempat di Sk Taman Desa. SAMER menghantar wakil bagi pertandingan DEKLAMASI SAJAK, MELUKIS POSTER (MR), NASYID, MELUKIS BANNER dan alhamdulillah, kejayaan berpihak pada kami

    Permohonan Ke SM Vokasional tahun 2012.

    Pengumuman... pengumuman.....!!!!!!!!!!!!!! kepada semua calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011, Permohonan ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional tahun 2012 telah dibuka bermula  5 September 2011 sehingga 19 Disember 2011. Untuk membuat permohonan, sila click gambar di bawah :

    Klik Gambar ye adik-adik..


     Seterusnya..

    1. Kita lihat Senarai Sekolah yang ada di Malaysia
    2. Intai-intai kursus yang ditawarkan pula di SM Vokasional..

    Jangan lepaskan peluang sekiranya anda benar-benar berminat..

    Intai-Intai Program Teknik Belajar bersama Pelajar Tingkatan 1

    Wajah-wajah ceria pelajar tingkatan 1.(ikhlas kan... hehe)

    PRS membantu adik-adik tingkatan 1 dalam sesi soal jawab







    Teknik belajar ini dijalankan pada 9 Ogos 2011 bertempat di Dewan Umar Abdul Aziz. Antara input yang dikongsi bersama pelajar adalah cara membuat peta minda, cara membuat nota dan cara hafalan yang mudah. selain daripada itu kaunselor juga turut menyelitkan kuiz untuk pelajar bagi menarik minat pelajar.